Hari ini nk share satu komuniti website ni, untuk mana-mana yang bercita-cita nak jadi programmer tu tp xda master website ini ada banyak tutorial yang best-best aku pom baru jugak jumpe website ni so x dapat la nak ulas banyak-banyak tp aku tgh ikut diorang punyer tutorial pasal software Unity, engine untuk programming game biase la script kiddie je tiru-tiru klu dapat result same cam die ajar pom dah kire best dah... ye la kan dah 1 ape pom programming language tak reti camner nk jadi pro T.T.
BU
Bullet In Board
[SHR] Fall Anime 2012
A list of Anime yang akan kuar untuk fall season kali ni >>click here to see it<<
dan ini antara anime-anime yang akan aku layan... dan yang lain maybe tunggu feedback dari member2 yang lain baru join layan
REASON: Ini anime selepas chaos;head dan stein;gate. chaos;head dan stein;gate tu citer die best giler so aku harap citer robotic;note ni pom best gak, die ada game die tp untuk ps3 dan xbox360 klu nak tgk triller die ke ape leh la search kat youtube.
REASON: Dah ikut dari stage 1st lagi and come on sape yang x suke drift? drifting is AWESOME~ :D
THE TERMINAL
Aku selalu ada rasa cam nk menulis tp tak tau nk tulis ape. So, pada beberapa hari yang lepas aku try la tulis-tulis and datang la satu idea untuk tulis cerita ni. Nuf said enjoy... T.T
THE TERMINAL
Bab 0, Permulaan
“Aku kat mane ni? tempat ape ni?”sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Meliar mata memeriksa.
“whoa! ni kan terminal kereta api, camner aku boleh sampai sini”mengaru kepalanya kebingungan sambil cuba untuk mengingati apa yang telah berlaku. Melihat keadaan sekelilingnya yang sunyi sepi dia semakin kebingugan.
“Ah~ lantaklah”berdiri dan bergerak kearah kanan terminal kemudian ke bahagian kanan terminal. Minda dia yang tadinya telah tenang sekarang kembali panic.
“Terminal ape ni!? Kenapa aku tak jumpa pun jalan keluar ni!!”teriak dia seorang diri sambil terduduk bersandar ke dinding bersebelahan dengan kerusi tempat dia bangkit dari tidurnya tadi.
“Ape bala la yang dah menimpa aku ni?” “kat mane sebenarnye aku ni?”Begitu banyak persoalan yang bermain di minda dia sekarang. Setelah berberapa minit berlalu dia kembali tenang dan mula menggunakan mindanya dengan rasional.
“Relex~ apa yang aku ingat sebelum aku kat sini…” “Oh ya aku tengah cari skop untuk aku laporkan untuk artikel “9099”!”
......
Bab 1, Dia
Biasalah orang bujang paginya dikejutkan oleh bunyi jam loceng yang menjegkelkan, jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Waktu untuk dia bangun tetapi dia tiada di katilnya.
“Tidur yang amat menyengarkan~~” “selamat pagi dunia, dengan harapan hari ini lebih baik dari sebelumnya”Begitulah setiap pagi dia, namun keadaan bilik dia kelihatan lebih teruk dari sebelumnya baju yang bertaburan pinggan mangkuk yang tidak berjaga biasalah orang bujang. Kalau lah orang tuanya melihat keadaannya yang sekarang ini mesti mereka akan bertanyakan perihal status bujangnya itu, bukan apa buat pengganti orang tuanya untuk menjaga makan minum nya bimbang akan kesihatannya itu dengan persekitaran yang tidak sihat itu. Tapi kedua ibu bapanya telah pun tiada jadi tiada siapa yang ambil tahu perihalnya itu, ahli keluarganya yang lain pun sudah tiada. Kedua-dua ibu bapanya dulu adalah ahli prajurit Negara dan keduanya telah terkorban dalam usaha memperjuangkankan kemerdekaan Negara. Oleh kerana itu, dia merasakan adalah tanggungjawab dia untuk mempertahankan kemerdekaan Negara-nya yang diperjuangkan oleh orang tuanya itu. Namun dia tidak mengikut jejak kedua orang tuanya, dia memilih untuk melakukannya melalui media massa, kerana dia berpendapat dengan kaedah ini lebih sesuai dengan Negara diplomatic ini dan penerimaan masyarakat yang serba moden ini. Lagi pun dia tidak mahu senasib dengan kedua orang tuanya yang mana mayatnya pun tidak dapat ditemukan.
“Oh dem dah lewat ni masak aku dalam trafik jem tu nanti”Kehidupan Bandar yang sentiasa bergerak pantas, jam baru menunjukkan 6.30 pagi begitulah pagi dia, “nak seribu daya, tak nk seribu dalih” dia tidak penah mengeluh dengan keadaan ini.
“Selamat pagi Akma”sambil meningalkan kopi yang dibeli ketika dalam perjalanannya tadi.
“Thanks”Balas Akma gadis yang bekerja sebagai penyambut tetamu di firma tempat dia bekerja. Gadis ini sekampung dengan dia itu sebablah layananya extra sedikit orang kampong la katakan. Setibanya di bilik pejabat dia terus bersiap-siap untuk menjalankan tugasnya untuk menyampaikan berita-berita terkini dan tepat kepada orang ramai. Tok! Tok! Tok! Belum sempat menaip di computer ribanya sudah ada yang mahu mengganggunya. Pintu terus dibuka tanpa menunggu kebenarannya. Begitulah perangai boss nya Samad bila dia ada cerita yang penting untuk dia pastikan.
“Ya boss ada apa ni? Cerita baru ke ecited sangat ni?”Dia menyambut kehadiran samad boss dia itu dengan hati terbuka.
“Tau-tau je ko ni muhahahhahahhahha”Lagi banyak cerita lagi menguntungkan bagi samad ini dan si dia ni pula perupakan seorang journalist yang hebat, penuh professionalism dan banyak diantara pembaca syarikat ini mengikuti keluarannya kerana yakin dan percaya dengan penulisan si dia ini.
......
Subscribe to:
Posts (Atom)